Anda ada sebarang pertanyaan? Sila rujuk senarai pertanyaan lazim di bawah untuk mendapatkan info lanjut.
Pilih produk yang anda ingin beli dan klik “Add to Cart”. Anda boleh klik “Continue Shopping” untuk menambah produk yang lain atau klik “View Cart” untuk melihat jumlah kuantiti dan harga pembelian. Klik “Proceed to Checkout” untuk melengkapkan borang untuk penghantaran dan seterusnya pilih cara pembayaran dan buat pembayaran bagi pesanan anda.
Anda boleh buat pembayaran melalui 1. Internet Banking Billplz (FPX: Maybank2u, Cimb Click, Bank Islam, BSN, RHB Online, PBe, Hong Leong Bank, Bank Rakyat dsb.) 2. Atau menggunakan akaun PayPal anda (jika tiada akaun PayPal, boleh guna kad debit atau kredit Visa/Mastercard anda). 3. Anda juga boleh membuat pembayaran secara offline melalui cash deposit, ATM atau bank transfer ke akaun Maybank kami. *Anda tidak dikenakan sebarang caj tambahan untuk semua cara pembayaran ini.
Laman web ini diuruskan sepenuhnya oleh WP DINAMIK NIAGA selaku penyedia perkhidmatan dan berdaftar dengan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran online berkeselamatan tinggi seperti Billplz Sdn Bhd (accredited by Bank Negara) dan PayPal Pte. Ltd. bagi mengutip pembayaran di laman web ini.
Kami memberi jaminan bahawa setiap transaksi di laman web ini adalah selamat. Laman web ini dilengkapi dengan enkripsi data SSL (Secured Socket Layers) iaitu sistem enkripsi data standard industri untuk pembelian dalam talian. SSL akan memastikan data maklumat pesanan anda dilindungi. Untuk memeriksa keselamatan sambungan anda, sila rujuk kepada tab alamat URL pelayar anda dan pastikan simbol dengan kunci atau mangga tertutup dan URL bermula dengan “https://”. Laman web ini juga TIDAK menyimpan data maklumat peribadi pembayaran anda seperti no. akaun bank, kad kredit, kad debit dan akaun PayPal.
Anda akan terima status pengesahan melalui email atau WhatsApp selepas pihak kami terima pembayaran. Anda juga boleh log masuk ke akaun anda untuk melihat status terkini pesanan anda.
Anda akan terima status penghantaran (tracking number) melalui email atau WhatsApp dalam masa 24 – 48 jam. Anda boleh juga periksa status penghantaran pesanan anda dengan log masuk ke akaun anda dan klik “Orders”.
Anda akan terima pesanan anda dalam masa 2-3 hari bekerja (Semenanjung) / 5-10 hari bekerja (Sabah, Sarawak & Labuan). Untuk kawasan Semenanjung penghantaran akan di buat oleh Pos Laju Malaysia dan untuk Sabah, Sarawak & WP Labuan penghantaran di buat menggunakan Pos Udara Malaysia (bagi menjimatkan kos anda). Sekiranya pesanan anda masih tidak diterima dalam tempoh ini, pihak kami menyarankan anda mengisi borang ini https://efeedback.pos.com.my/ untuk tindakan selanjutnya. Semua pesanan anda dilindungi dengan jaminan wang dikembalikan 100% jika pesanan anda tidak diterima dalam masa 14 hari bekerja. *Atas faktor lokasi, servis dan kawasan, penghantaran mungkin akan dibuat oleh syarikat kurier lain seperti GDEX, SkyNet, City-Link, KTMD dan sebagainya.
Pesanan anda akan dibatalkan secara automatik sekiranya kami tidak menerima sebarang pembayaran dalam masa 48 jam.
Hubungi kami dengan segera supaya pihak kami tidak memproses pesanan anda. Sila email ke [email protected] atau WhatsApp ke +6011.150.150.07
Sekiranya pilihan jenis konjac yang anda mahukan tiada dalam senarai pilihan, sila taip di dalam ruangan “Additional Information: Order notes” ketika dalam proses “Checkout”. Contoh untuk 2 Set: “13 nasi, 5 mee, 2 kuey teow”. / Contoh untuk 1 Set: “7 mee, 2 kuey teow, 1 nasi”. ATAU anda boleh maklumkan kepada kami sejurus selepas pembayaran dibuat dengan email ke [email protected] dengan subject: nombor order anda. *Untuk pesanan yang telah diproses, penukaran ini tidak akan diterima.
Anda boleh tukar alamat penghantaran dengan log masuk ke akaun anda dan klik “Addresses”. Walaubagaimanapun untuk pesanan yang telah dalam proses, penukaran ini tidak akan diterima.
Sekiranya anda ingin membuat pembelian lebih dari 30 unit sila emailkan order anda ke [email protected] dengan tajuk “Order Konjac”.
Email: [email protected]
WhatsApp: +6011.150.150.07
*Mesej anda akan dibalas dalam masa 24 jam.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10pg – 6ptg).